Jenis Ayam Thailand Dan Kriteria Ayam Petarung

JENIS-JENIS AYAM TERBAIK THAI

Postur tubuh kelihatan badan ayam thai sangat kekar, seakan binaraga, panjang, tegap, dan bersayap rapat sepenuhnya dekat badan. Ayam seperti ini mampu mengontrol badannya dari tumbang dan dapat mengendalikan lawan dengan mudah. Badan yang panjang menghasilkan pukulan yang kuat serta membuat pihak lawan kesulitan menumbangkanya. Dan jelas kita dapat lihat postur badan dan kakinya yang kasar, berbeda dengan ayam yang kita temui pada umumnya di Indonesia yang berbadan pendek dan berkaki halus. Ayam dengan postur badan tegak susah untuk ditemui, ini karena ayam jenis ini sangat bagus pada permainan kepala, dan stabil yang membuat lawannya susah menyerang kepalanya. Dada yang bidang membuat pihak lawan sebelum bertarung. Bahkan jika bertatapan mata pun sudah mendapat extra point saat pertandingan berlangsung.

Dada yang tebal sangat memainkan peranan penting bagi seseekor ayam petarung untuk menahan tiap pukulan dari lawan pada bagian dada, bahu, dan sayap.

Ekor yang panjang, rapi, dan turun kebawah adalah yg terbaik. Ekor memainkan peranan yang penting juga untuk seseekor ayam untuk membuat pukulan yg kuat dan tepat, disamping dapat menyeimbangkan badannya sendiri dari tumbang, postur otot paha yang padat dan bulat membuat pukulan kakinya kuat dan tidak mudah terkena kejang urat saraf.

Berikut gambar contoh beberapa ayam petarung thailand :

JENIS-JENIS KAKI DAN SISIK AYAM PETARUNG TERBAIK

Ilmu bagaimana mengenali ayam sabung yang baik melalui sisik yang terdapat pada kaki ayam sabung semakin dilupakan. Kata orang tua-tua dahulu… “tuah ayam letak di kaki, tuah tuan ayam pada pandainya”.

Ilmu mengenai penilaian sisik sisik yang terdapat pada kaki ayam sabung ini di pelajari daripada orang-orang tua dan diturunkan dari generasi ke generasi.ini juga disebut sebagai petua mengenal sebelum ilmu nya tiba,,, Penggemar ayam membuat pengamatan terhadap sisik sisik yang terdapat pada kaki ayam ayam jaguh dan pengetahuan ini diturunkan dari generasi ke generasi. Kebiasaan ilmu ini diturunkan melalui percakapan lisan.

Penggemar ayam memamati kebanyakan ayam-ayam yang hebat atau jaguh mempunyai sisik sisik yang unik dan tersendiri. Sisik sisik ayam ini memberikan gambaran cara permainan ayam tersebut. Melalui pemerhatian kebanyakan penilaian sisik adalah agak tepat kerana pemerhatian terhadap sisik ayam ini dibuat secara turun temurun dan mempunyai maksud maksud tertentu mengikut jenis sisik.

Walau bagaimana baka amat memainkan peranan yang sangat penting kerana ia mempengaruhi genetik ayam sabung. Secara fizikal selain bentuk badan, paruh, bulu dan lain lain kriteria yang terdapat pada ayam sabung, sisik kaki ayam merupakan antara sifat fizikal yang paling utama yang digunakan untuk mengenali ayam sabung yang bagus. Kedua dua penilaian secara genetik dan fizikal membantu memilih ayam laga yang bagus. Walaubagaimanapun juga kes kes terpencil membuktikan bacaan sisik bukanlah seratus peratus tepat.

Penggemar ayam perlu melihat sendiri permainan ayam tersebut tetapi bacaan sisik ayam kadangkala memberikan penilaian awal terhadap tahap kehebatan ayam itu. Semua sisik kaki utama dan jari kaki dinilai dan ditafsirkan mengikut tafsiran tafsiran tertentu. Kebanyakan tafsiran untuk sisik ayam ini lebih kurang sama disemua Negara Malaysia, Indonesia dan Thailand Cuma nama- nama jenis sisik agak berlainan mengikut bahasa di negara tersebut.

Pada umumnya ayam yang bagus mempunyai sisik yang kering. Bagus kalau sisiknya menonjol seakan kulit buaya cari juga sisik sisik aneh yang tidak dijumpai secara umum. Sisik sisik aneh atau tuah ini kadang kala tidak selamanya memberikan kemenangan kepada ayam itu. Ini kerana lawanya mungkin juga mempunyai sisik tuah yang lain. Terdapat bermacam sisik, sisik pecah, sisik bawat atau cincin dan lain-lain yang memberikan definasi terhadap permainan ayam sabung tersebut.diatas ini cuma serba sedikit mengenai sisik ayam laga yang dicari- oleh setiap peminat ayam sabung…

Ciri2 kaki ayam thai yang bagus mempunyai paha yg bulat,ukuran batang kaki yang sedang dengan jari kecil dan panjang dan mempunyai sisik yang kering dan berbagai jenis aturan kedudukan sisiknya,(kelebihan seseekor ayam laga yang terbaik).ayam yang seperti ini memiliki gerakan yang pantas lincah dan pukulan nya sangat padu dan kuat,dan pergelangan kaki paling bawah,seeloknya yang lebih besar dari yang tengah dan atas,ayam jenis ini mempunyai pukulan yang sangat padu dan kuat,,kata orang tua-tua kita dahulu,,,

JENIS-JENIS AYAM BURMA

Burma Murni

burma-murni

Ayam Burma atau ayam Birma merupakan ayam yang berasal dari negeri Myanmar/Burma adalah sejenis ayam kebanyakan di perkampungan negeri Myanmar. seperti halnya di negeri kita, disana juga banyak warga yang memang menyukai ayam aduan, bisa jadi kerana bisa dijadikan sebagai symbol kekuasaan ataupun hobi semua yang tentunya bisa saja hantui dengan perjudian.

Karakteristik fizik ayam burma memiliki tubuh yang relatif kecil, tulangannya relatif tipis, berbulu lebih lebat dengan warna dominan jalak dan berintik kecoklatan. kontruksi kaki ayam burma seperti kaki burung pemakan ikan lebih besar sedikit, padat dan keras. warna kakinya memiliki kebanyakan kukunya agak berwarna kehijauan atau kecoklatan.

Ayam burma mulai terkenal sebagai ayam aduan adalah setelah orang Thailand membawa & mengembangkan dinegeri siam, dan ternyata mampu memberikan perlawanan bahkan tip seperti memenangkan dalam banyak pertandingan biarpun kalah bertanding.

Kelebihan ayam burma adalah pada tingkat akurasi pukulannya hingga 90% adalah sekitar kepala, paruh dan mata lawan yang dibuatnya tidak berdaya. Sementara

Kekurangan ayam burma adalah pada ukuran size yang memang lebih kecil dan berat dalam 2.0kg hingga 2.75 Kg, dengan kontruksi tulangan yang nipis, dirasa kurang sesuai jika di hadapkan dengan ayam yang memiliki pukulan keras dan main menghadap ke badan.

Ayam Burma Gostan

burma-gostan

Ayam Burma Gostan adalah salah satu jenis ayam burma original generasi baru dengan ciri khas mempunyai gaya bertarung adalah selalu undur mengelak dan melemparkan pukulan (Defensive agresive) yang mengarah ke kepala, paruh & mata lawan.

Ayam Burma Brasil

burma-brazil

Ayam Burma Brasil adalah hasil crossing breeding antara ayam Burma yang sudah dicross dengan ayam Brazil dengan prosentasi 85% genetik ayam burma dan 15% genetik ayam Brazil. Watak ayam ini adalah mempunyai daya tahan pukulan dan kekuatan yang lebih baik berbanding ayam burma original. Berkualiti pukulannya lebih keras dan mematikan. Akan tetapi tahap kepantasan tidak secepat original. Saiz lebih besar jika dibandingkan ayam original dalam kadaran berat 2.6 kg hingga 3.3 Kg

Ayam Pama

ayam-pama

Ayam Pama adalah hasil crossbreeding antara ayam burma dengan beberapa jenis ayam aduan yang ada, seperti ayam burma dengan ayam Saigon, ayam burma dengan ayam siam, ayam burma dengan ayam Malaysia.

Watak ayam pama ini kerana masih mempunyai sifat genetic ayam burma hingga 50% maka tentunya ketepatan pukulannya mendekati ayam burma ditambah sifat yang ada pada ayam crossing-nya. Seperti diantaranya:
ayam burma + ayam Saigon disebutnya magon. Ayam jenis ini mempunyai watak sifat yang dibawa dari ayam saigon seperti tahan pukul dan pukulan keras dengan saiz body yang agak besar. Kelebihan jenis ayam ini pastilah adalah saiz yg besar dan pukulan yg keras ditambah lagi ketepatan yang sempurna dibawa dari sifat ayam burma. Dengan penampilan yang lebih gagah dan kasar membuat percaya diri pemilik jika di bawa dalam arena pertandingan.

Ayam burma + ayam Siam disebutnya mathai. Mempunyai teknik bermain seperti ayam BK iaitu seperti ayam lock, tempur, masuk ditambah sifat pukulan ayam burma dan kelajuan defensive yang sukar untuk dipancing atau antilock dan pukulan yang keras lagi tepat, membuat jenis ayam ini menjadi trend tersendiri sebagai jenis ayam pama bangkok antilock. Ayam burma X ayam Pakhoy (Malaysia + Texas) disebutnya makhoy. Ayam ini bukan hanya mempunyai teknik ayam pakhoy (ketip bulu) seperti mematuk punggung sayap, paha, memukul badan yang sangat keras akan tetapi sifat pukulan tepat dan keras sekitar kepala dengan itu menjadi kelebihan pada jenis ayam ini. Sekarang ini dengan itu ayam jenis ini sedang menjadi trend di negeri Siam. Beberapa arena pertandingan banyak dimenangi jenis ayam Makhoy.

Jenis Ayam Modern (Crossbreeding)

ayam-crossbreeding

Merupakan istilah ayam hasil breeding dengan dasar basic dari ayam jenis Burma (Myanmar). Ayam burma sempat dikatakan jenis ayam setan kerna permainannya yang cepat & tingkat akurasi pukulan yang tinggi, akan tetapi trend sekarang sudah bergeser kepada ayam jenis pama crossing. Sekarang ayam pama merupakan generasi terbaru hasil dari crossbreeding (silangan) antara ayam burma dengan beberapa jenis ayam aduan, seperti ayam burma dengan ayam Vietnam, ayam burma dengan ayam thai (Bangkok), ayam burma dengan ayam Brasil, bahkan sekarang ini sudah terjadi crossline antara ayam pama cross dengan ayam crossline pama yang berbeda.

Ayam Pakhoy

ayam-pakhoy

Termasuk dalam kategori ayam modern, kerana menurut cerita di negeri Thailand merupakan hasil crossbreeding (silangan) antara ayam jenis ayam ketip bulu sambung taji (malaysian cockfighter) dengan beberapa jenis ayam aduan di thailand. Ciri khas ayam jenis ini adalah pada gaya bertarungnya dimana ayam mematuk sebarang bahagian punggung & memukul badan dengan keras.

Ayam Makhoy

ayam-makhoy

Trend generasi terbaru dari ayam pakhoy adalah hasil crossbreeding antara ayam pakhoy dengan ayam burma yang disebutnya makhoy = pama pakhoy.
Tentunya ayam jenis ini memiliki karakter bermain ketip bulu (nyangkul) atau mematuk segalanya & memukulnya ke badan keras-keras, bahkan juga ke kepala dengan akurasi yang lebih baik

Ayam Magon

ayam-magon

Termasuk juga jenis ayam modern, kerana jenis ayam ini hasil dari crossbreeding antara ayam Pama dengan Saigon (pama-saigon = magon). Ayam saigon yang kami maksudkan dari jenis modern yang merupakan hasil cross antara ayam asli vietnam dengan ayam Madagaskar, biasanya ayam ini sudah tidak memiliki bulu botak lagi atau berbulu lebih lebat.
karakter yang diharapkan dari jenis ayam Magon ini adalah jenis ayam aduan dengan gaya bertarung seperti ayam burma akan tetapi memiliki size besar & ketahanan pukulan yang lebih padu kuatnya seperti ayam saigon diharapkan akan lebih mudah untuk mendapatkan lawan tandingan.

Ayam Brazil

ayam-brazil

Termasuk juga jenis ayam modern, kerana jenis ayam ini hasil dari crossbreeding antara ayam Pama dengan Brasil .
karakter yang diharapkan dari jenis ayam ini adalah jenis ayam aduan dengan gaya bertarung seperti ayam burma akan tetapi memiliki size besar & ketahanan pukulan yang lebih kuat dan padu seperti ayam brasil. Kelebihan ayam brasil ini adalah pada daya tahan yang diatas ayam saigon, kerana biasanya jenis ayam ini lebih baik mati daripada lari.

Ayam Malau

ayam-magon

Ayam malau adalah kebanyakkan ayam lain jua,keistimewaan nya cara permainan yang berbeza dengan ayam lain,,ia adalah kacukan ayam thai dengan ayam Vietnam,dari satu perkampungan yang berbeza,(ayam jawi) maka hasil kacukan(cross breeding) dari 7 generasi,,maka lahir lah ayam yang hati berani,pejuang tapi mainan jawi,ayam jenis ini sangat bias pukulan nya disaat dikejar pihak lawan,maka dipukul curi dengan mencari mata atau paruh,,

Kita tahu bahawa ayam Saigon berasal dari Vietnam. Di kalangan penggemar dan peternak ayam aduan, jenis ayam ini kurang popular. Hal ini dikeranakan brand ayam aduan itu adalah ayam Bangkok. Di samping itu, masih sedikitnya peternak dan penggemar jenis ayam aduan ini yang berminat dan mengetahuinya.

Ayam Saigon

ayam-saigon

Ayam Saigon yang pada bahagian leher dan sebahagian kepalanya tidak ditumbuhi bulu sebagaimana ayam pada umumnya. Jenis ini paling umum dijumpai dan paling dikenali.
Ayam Saigon berbulu nipis. Jenis ini umumnya mempunyai bulu tipis lawinya ayam betina,termasuk juga bulu ekornya yang pendek(seakan ayam pondan). Ayam Saigon berbulu penuh, sebagaimana lawinya ayam aduan pada umumnya.


Jenis ayam aduan satu ini punya struktur tubuh dan tulang yang lebih besar dari ayam aduan Bangkok. Dan, kulitnya juga lebih tebal.
Berat yang dimilikinya lebih berat berbanding ayam aduan Bangkok atau ayam aduan Myanmar.
Ototnya lebih berserabut. Konon, hal ini menyebabkannya lebih kuat menerima pukulan dari pihak lawan.

Ayam Pondan

ayam-pondan

Ayam pondan adalah ayam yang jarang didapati,,antara ayam yang susah nak dapat,memakan masa antara sampai 6 tahun sekali kalau dapat sekalipun,,tapi sekarang thai sudah banyak breeding dengan kajian yang detail untuk dapat kan baka ini dengan mudah,tapi sebaik nya adalah dari baka yang bukan pondan,namun bukan senang untuk mendapatkan nya, seramai anak ada yang lahir pondan,terletak pada rezeki masing-masing maka pondan itu seharusnya simpan baka nya,,itu lah yang betul pondan sejati,,yang sangat bisa kaki dan memiliki kelebihan berbanding ayam yang lain.

Ayam Echer

ayam-echer

Ayam ini biasa didapati,,Cuma beza nya ayam echer ini balung nya itu besar berbanding ayam biasa,dan kelebihan ayam ini kebiasaannya kaki nya sangat cepat pukulan,dan biasa dengan mainan yang sukar dibaca rentak mainan nya,jelas nya boleh mengikuti rentak mainan pihak lawan,dan kekurangan juga pada balung bagi lawan pegang dengan mudah untuk membuat pukulan,

Ayam Generasi Terakhir

generasi-terakhir

Adalah generasi dari crossbreeding antara beberapa jenis ayam aduan tersebut diatas adalah generasi 3 Darah dan 4 Darah, tentunya dengan karakter yang diharapkan dari jenis ayam ini adalah jenis ayam aduan dengan gaya bertarung yang sangat luar biasa baik kecepatan pukulannya maupun permainannya sehingga mampu di tandingkan dengan segala jenis ayam aduan apapun. jenis ini yang sedang kami banyak-banyak produksi.
Tingkat keberhasilan dari hasil crossbreeding pastilah sangat ditentukan dari baka (induk benih) yang di akan gunakan, baik dari jenis ayam thai, burma, saigon maupun brasil yang digunakan sebaiknya dari jenis yang memiliki darah champion.